Thursday 8 November 2012

cantik ke tak?

Aku jadik hangin bila ada orang menjadikan rupa paras sebagai ukuran. tak kiralah dalam mencari calon isteri/suami, ataupun dalam berkawan. eyyhh... pehlizla. ade lagi ke manusia macam nih di zaman moden sekarang nih? so tidak bertamadun la wei... lagi menyirap bila yang nak cantik-cantik ni, muke die pun jenis ala kadar jek. dah cermin diri tu ke belum? ke, tak mampu beli cermin?



Bukan nak mengutuk. tapi it seems like nak bagitahu orang tu yang die tak layak nak dapat yang cantik pun. apetah lagi, bile diri die sendiri jenis yang suka-suka je nak judges orang. yang itu cantik, yang ini tak cantik. hey yuuu...! yu tu sape? yu tau tak, mengutuk rupa paras manusia, umpama mengutuk ciptaan yang Maha Esa. yu pun dijadikan oleh-Nya, dari pencipta yang sama. so, yu takde hak untuk menyatakan die cantik atau tak. fullstop!

Cantik is subjective thing oke. ade orang merasakan gemuk is cantik, mate sepet juge cantik, idung kembang pun bole jadi cantik (aku lettew~~). so, jangan suke suki kau je kate, kategori-kategori orang camnih tak cantik. cantik dilihat dari mate individual, bukan public. dan jika ade insan-insan yang cantik pada pandangan public, itu bonus buat dia. itu anugerah dari Tuhan. tapi pernah tak korang terfikir, yang sampai bila cantik tu dapat bertahan?



Bila aku tak cantik pada pandangan public, tapi aku cantik pada pandangan si dia, ape point yang korang dapat? si dia akan terus setia pada kite sorang jek. kite pun, tak jadik tumpuan orang ramai. tak jadik rebutan antara si die dan mereka-mereka yang dok mengusyar kite. kan bagus tu? hidup pun lagi tenang macam tu. jauh dari gangguan orang. takdelah timbul kes simbah asid, bunuh, dan sebagainya kerana cemburu.

Guysss... cantik yang sebenarnya, terletak di hati kamu okeh. hati yang membentuk sikap dan perangai kamu. hati jugaklah yang mendorong otak kamu untuk melakukan perkara yang baik. cantik hati kamu menguruskannya, cantik jugaklah diri kamu dilihat. bukankah cantik sebegini yang harus dicari dan dipuji??

Aku pernah diajukan dengan soalan.

"memang aku takde rupa, tak hensem. tapi aku tengok, ramai je orang tak hensem dapat awek yang cun-cun. so, ape kurangnya aku? aku pun boleh jadik macam diorang jugak pe...?"

Untuk orang yang bertanya tu, cubalah kau fikir balik. mungkin si polan yang kau maksudkan tu tak hensem, tapi die baik hati. sebab tu, awek cun tu boleh tersangkut dengan dia. nak dibandingkan dengan kau lak, dalah tak hensem. lepas tu, busuk hati. tak boleh nampak orang lebih sikit daripada ko. ko pun nak jugek,khenn... motif?? nak dok tayang awek tu kat semua orang lettew... sebab tulah berperasaan macam tu sekali. kalau betullah kau ade perasaan macam tu, seriously aku cakap. memang tak lah ko jumpe gadis cun yang ko dambakan selama ni.

Tuhan berikan setiap manusia tu dengan 1 rupa. untuk cantik, kitelah yang menjadikannya. kitelah yang menghias, menjaga, dan merapinya. kalau korang rasa pasangan korang sekarang nih kureeng je, suruhlah mereka menjaga keperibadiannya. at the same time, korang pun berusaha untuk 'mempercantikkan' diri korang. itulah yang sebaiknya. senantiasa bersama-sama meg'upgrade' diri, bukan main order je nak yang cantik...

Memang sangat cliche isu cantik nih. aku dah jadik tak heran bile orang pilih kecantikan dalam berkasih. lebih mengharukan, bile nak berkawan pun nak pilih yang cantik. bukan aku tak tau, bende macam ni, wujud di kalangan kawan-kawan aku jugak. kat facebook tu pun boleh nampak. bile die cantik je, semua orang pakat like status die, komen die. cube tengok kat wall die lak, penuh muke jantan-jantan nih menegur. cube kalau dia tak bape cantik, puitttt~~

No comments:

Post a Comment