Friday 25 March 2011

solat jumaat itu wajib!!

ari tu terjalan sebentar di kuala kubu baru sebab nk jumpa kawan, solat sebentar di Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu


Lepas solat tu, saje² menjengok papan² kenyataan dorang, mane r tau tetiba ade info baru tentang islam.. :)
cari punya cari, tersentap aku membaca ni.



Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Seksyen 20:
"Mana-mana orang lelaki, yang baligh yang tidak menunaikan solat jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam(6) bulan atau kedua-duanya."
 jadi korang pk lah skit, xkn korang solat sbb takut kene bayar, baik xpayah.. memalukan islam saje..
kita diseru untuk solat kerana ALLAH SWT, bkn nye sbb duit, gadis, mak atau ayah (terkene aku), atau apa2 saje.. niat tu penting.. baru solat tu menjadi nikmat..

“Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

kalau korang rase lelaki dan ada salah satu perkara kat bawah nie, g lah rehat, dan diingat kan supaya ganti solat jumaat dengan solat zohor..
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.    ( kalau setakat sakit gigi, simpan jer alasan tu.. )
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. ( renyai2 tu bleh harung lagi bkn? sedangkan dengan awek korang sanggup, apatah lagi dengan ALLAH S.W.T )
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)"


 jadi tak takut ker korang semua nie?


dah, jop kite(lelaki siap² g solat)
Jemaah memenuhi dewan solat utama semasa solat jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
image from http://myphpmaster.000space.com/2010/01/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin.html

No comments:

Post a Comment